Hubungan mesra penyanyi Yuna dan Adam Sinclair bukanlah satu perkara yang baru lagi. Umum mengetahui mereka cukup rapat bersama tetapi menafikan setiap gosip percintaan yang mengaitkan mereka berdua.
Menerusi ruangan Miss K di Astro Gempak, beliau memaklumkan bahawa Yuna dan Adam bakal mengikat tali pertunangan selepas Aidilfitri ini dan bakal bernikah pada 28 Januari 2018.
Menurut sumber yang Miss K panggil Dina itu, (eh! bukan Dina Era tau!) persiapan untuk pertunangan Yuna dan Adam sudah pun siap dan kini, ibu Yuna sedang fokus kepada majlis yang lebih besar, iaitu hari perkahwinan anaknya dengan adik kepada aktor Asyraf Sinclair itu, pada 28 Januari tahun hadapan.