Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yuna Nafi Bakal Berkahwin Dengan Adam Sinclair

Baru-baru ini, penyanyi Yuna sekali lagi dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Adam Sinclair. Mereka berdua difahamkan akan mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober depan sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2018.

Advertisement

Tentu sekali peminat Yuna mahukan kepastian kerana sudah beberapa kali juga berita seperti ini tersebar. Namun, menurut Yuna khabar angin perkahwinan itu tidak benar dan beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin dengan Adam. Yuna pada masa yang sama berharap spekulasi seperti ini tidak akan timbul lagi di masa hadapan.

Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan. Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini.

Terdahulu,  Yuna mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuat naik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta. Yuna juga pernah menafikan spekulasi yang mendakwa kedua-duanya sudah bertunang apabila memuat naik gambar berdua dengan memakai pakaian berwarna sedondon.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top