Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bersanding Pada 28 Januari 2018

Hiburan

Yuna Dan Adam Sinclair Bakal Bersanding Pada 28 Januari 2018

Pernah berkongsi beliau sedang rancak membuat persiapan perkahwinan, kini penyanyi Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair khabarnya bakal bernikah pada bulan Januari tahun depan. Menurut Miss K di portal Astro Gempak majlis persandinganYuna dan Adam  akan diadakan di Putrajaya Convention Center pada 28 Januari 2018.

Advertisement

Malah, kad undangan perkahwinan Adam dan Yuna juga sudah mula diedarkan.

Yuna dan Adam mula berkenalan sekitar tahun 2013 dan mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos lalu di kediaman pihak lelaki yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Tahniah kami ucapkan kepada Yuna dan Adam, rasanya peminat Yuna sudah tidak sabar melihat beliau bersanding di atas pelamin.  Pasti Yuna juga akan tampil begitu anggun dan cantik dalam busana perkahwinan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...