Written by Bella | November 13th, 2017

Sudah mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya, Adam Sinclair pada bulan Ogos lepas, kini penyanyi Yuna sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya. Menerusi akaun Twitternya beberapa hari lepas, Yuna sempat berkongsi dengan peminat yang beliau baru sahaja selesai membeli fabrik untuk baju perkahwinannya nanti.

Rata-rata peminat di Twitter mengucapkan tahniah kepada Yuna dan mereka sudah tidak sabar menanti hari bahagia beliau.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Yuna masih berteka-teki mengenai tarikh majlis raja seharinya bersama Adam. Apa-apa pun, kami mendoakan agar segala perancangan perkahwinan Yuna dan Adam berjalan dengan lancar. Harapnya, Yuna sudi berkongsi tarikh pernikahannya nanti bersama peminat, kata orang tua-tua, benda baik harus dihebahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

12 responses to Yuna Rancak Buat Persiapan Kahwin

  1. Anonymous says:

    Keluarga Sinclair mmg minat isteri penyanyi..BCL tu indon..yg Yuna ni org mana ehh Malaysia ke?? nama mcm ke arah indon je..ke indon kt malaysia

    1

    9
  2. Cik Positif says:

    Moga dipermudahkan segala urusan Yuna & bakal suami sehingga hari pernikahan.?
    Robbi yassir wala tu’assir.

    5

    0
  3. darah manis says:

    Yuna & Adam kalau org dulu2 ni ckp tgh darah manis..moga selamat semuanya

    2

    0
  4. Anonymous says:

    Time.ak bercinta dlu..tme org amik gmbr..xde nk letak tgn merata rata kat bdn bf ak.

    1

    2
    • anon says:

      bila zaman kau tu, zaman jepun ke. Zaman skrg ni org bkn sekadar letak tangan atas bahu je pun,, ramai yg dah test drive pun seblm kawen…..so takyah lah nak samakan dgn zaman ko, nobody cares..

      1

      2
      • Anonymous says:

        Kalau org Islam yg sebenarnya tiada dulu tiada kini..hidup berlandaskn al Quran..moden mcmana pun jgnlh sampai test drive..tu bkn amalan hidup Muslim..bkn nk ceramah tau ni hakikat

        6

        0
  5. Anonymous says:

    Belum kawin, baru tunang, tangan dah menjalar.
    Agak2 nak amek gambar for wartawan or nak publickan, sila la hipokrit sikit. Tak perlu nak bersentuhan bagai.

    Susahkah hipokrit sesaat sempena nak snap pic. Omg.
    Bukan cemburu anak Melayu berjaya, tapi nak anak Melayu berjaya di dunia dan akhirat.

    Bangga ye orang Melayu sekarang? Bila org tegur, suruh jaga kain masing2, zaman dah berubah, yada yada yada.

    4

    0
    • Anonymous says:

      Org skrg pegang2 tgn ikut trend la kn ..apa lg segan silu..semua dh hilang..bila org kata tutup kepala tu pun trend ada yg marah..

      0

      0

Leave a Comment

Optional