Pernah berkongsi beliau sedang rancak membuat persiapan perkahwinan, kini penyanyi Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair khabarnya bakal bernikah pada bulan Januari tahun depan. Menurut Miss K di portal Astro Gempak majlis persandinganYuna dan Adam akan diadakan di Putrajaya Convention Center pada 28 Januari 2018.
Malah, kad undangan perkahwinan Adam dan Yuna juga sudah mula diedarkan.
Yuna dan Adam mula berkenalan sekitar tahun 2013 dan mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos lalu di kediaman pihak lelaki yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna dan Adam, rasanya peminat Yuna sudah tidak sabar melihat beliau bersanding di atas pelamin. Pasti Yuna juga akan tampil begitu anggun dan cantik dalam busana perkahwinan.