Tentu ada yang masih ingat khabar angin baru-baru ini yang mengatakan penyanyi Yuna sudah bertunang dengan adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair iaitu Adam Sinclair gara-gara dilihat berpakaian sedondon. Walaubagaimanapun, Yuna menafikan gosip tersebut.
Terbaru, menerusi portal Utusan Online, mereka melaporkan Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Adam pada 1 Ogos 2018. Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan sekitar bulan Oktober depan.
Namun, sehingga kini Yuna ataupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang respon berhubung berita perkahwinan ini.
Sebelum ini Yuna dalam satu kenyataan mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuat naik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta.
Jika berita ini benar, kami harap Yuna dan Adam akan berbahagia bersama dan semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar. Lagipun mereka berdua sudah lima tahun berkawan.