Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yuna Sudah Bertunang Dengan Adam Sinclair?

Gara-gara memuat naik foto berpakaian sedondon bersama teman lelakinya, Adam Sinclair, ada yang mengatakan penyanyi Yuna sudah pun mengikat tali pertunangan bersama jejak berkenaan yang merupakan adik beradik Ashraf dan Aishah Sinclair. Khabarnya, Yuna menerima lamaran Adam sekitar minggu lalu selepas mengenali hati budi masing-masing selama lebih daripada setahun.

Advertisement

Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan.

Meskipun berita ini sudah bertebaran di Internet sejak beberapa hari lepas dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Yuna, selebriti itu masih tidak tampil membuat sebarang pengakuan bagi mengesahkan berita tersebut.

Walaubagaimanapun, pengurus Yuna, Nor Zaina Wardah ataupun lebih mesra disapa sebagai Wawa menafikan berita pertunangan itu dan menyifatkan ia sekadar khabar angin sahaja.

Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest.

Advertisement

Kemesraan mereka tampak jelas sekali melalui foto-foto yang dimuat naik ke media sosial. Kami tetap mendoakan yang terbaik buat Yuna dan Adam, siapa tahu mungkin mereka ada jodoh bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama