Boleh dikatakan inisiatif selebriti, Alif Satar melancarkan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ berhasil menarik lebih ramai umat Islam hadir ke masjid seawal pagi.
Raih perhatian negara luar
Walaupun ada beberapa komen yang kurang enak untuk didengari, inisiatif Alif ini telah menarik perhatian negara luar dan menjadi ikutan buat mereka.
Bahkan boleh dikatakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini sudah mendunia kerana pempengaruh luar negara turut mengetahui inisiatif ini.
View this post on Instagram
Pempengaruh muslimah negara, Coach Razia Hamidi kagum
Coach Razia Hamidi iaitu influencer muslimah negara dilihat memuat naik video di Instagramnya memaparkan Alif Satar memberi kata-kata semangat tentang kepentingan solat subuh secara berjemaah.
You’re true a inspiration @alifsatar. Tabarakallah!
Dibanjiri komen-komen positif Muslim sedunia
Meninjau di ruangan komen, rata-rata Muslim seluruh dunia meninggalkan komen positif, bahkan tuan empunya badan iaitu Alif turut berkata akan terus berusaha bantu saudara Islam hadir ke masjid untuk solat subuh berjemaah.