“Saya Tidak Peduli Langsung..” – Alif Satar Beri Respon Kritikan Sesetengah Pihak Berkenaan Gerakan Subuh Berjemaah

Hiburan

“Saya Tidak Peduli Langsung..” – Alif Satar Beri Respon Kritikan Sesetengah Pihak Berkenaan Gerakan Subuh Berjemaah

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar tampil memberi respon mengenai kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen yang merasa tidak senang melihat kempen yang diusahakannya baru-baru ini.

Alif yang memulakan kempen gerakan subuh berjemaah telah mendapat sambutan yang luar biasa hebat sehingga ia sering meniti di bibir masyarakat.

Advertisement

‘Saya tak peduli langsung’

Ulas penyanyi lagu Jangan Nakal ini berkata dia enggan memikirkan persepsi negatif segelintir pihak dan tidak kisah langsung mengenai tanggapan mereka.

Saya tidak peduli langsung sebab tahu apa yang dibuat ini, iaitu ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid). Dua tiga orang ni saya tak kisah.

Saya fikir apabila buat gerakan sebegitu, ramai yang ikut. Tidak ada kena mengena dengan kepentingan diri. Apa yang saya buat memang kerana Allah S.W.T.

Ajak bersolat subuh di masjid dan surau

Dia dalam pada itu sempat mengajak orang ramai untuk mendirikan solat subuh secara berjemaah di surau atau masjid di kawasan rumah masing-masing.

Sebelum ini, ada pihak meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen negatif seperti menganggap orang yang menyertai kempen itu sekadar mahu berjumpa artis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif Satar
4 months ago

"Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer" - Dakwah Alif Satar Solat Subuh Di Masjid Undang Pertikaian?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...