Kemelut rumah tangga pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya selesai selepas mereka disahkan bercerai talak satu hari ini.
Syamsul melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di depan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Ibu dan bapa kepada dua cahaya mata itu kemudian ditemu bual oleh wartawan di mahkamah selepas selesai pengesahan lafaz cerai terbabit.
Syamsul berkata dia dan Sarah membuat keputusan untuk mengakhiri segala persengketaan di antara mereka berdua demi anak-anak.
Kalau berpisah dengan tak baik pun, tak ke mana jugak. Akan beri kesan masa depan anak-anak. Jadi, (ini) pengakhiran yang baik lah.”
Ketika ditanya tentang hubungannya dengan Sarah selepas ini Syamsul berkata sudah tentu mereka akan kekal berkawan serta mendoakan bekas isteri bertemu dengan jodoh yang baik.
Dalam pada itu, salah seorang wartawan sempat bertanya sama ada dia akan hadir ke perkahwinan Sarah sekiranya ia akan berlaku di masa akan datang.
Syamsul akan datang lah (majlis kahwin Sarah)?”
Pengarah The OG tersebut dan Sarah terkejut dengan soalan tersebut dan tertawa sebelum berkata dia langsung tidak terfikir lagi ke arah itu.
Sementara itu, Sarah juga berkata dia berharap agar tiada lagi persengketaan yang akan berlaku lagi selepas ini di antara mereka berdua.
Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada aktres itu namun menegaskan Syamsul tidak akan dihadkan untuk bertemu Syaikhul dan Sumayyah.