(TERKINI) Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Hiburan

(TERKINI) Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Akhirnya, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah berakhir dengan tanda noktah.

Menurut laporan Kosmo, pasangan selebriti itu telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisement

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

syamsul

Difahamkan, pengarah berusia 39 tahun itu melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Sarah.

Dalam pada itu, Hakim Syarie memerintahkan Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

sarah

Terdahulu, Sarah berharap agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dan berakhir dengan perpisahan.

InsyaAllah boleh selesai semua, doakan harapnya semoga kita berpisah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aina abdul
11 months ago

"Mak Cakap Tak Payah Pakai Baju Pelik, Makin Lama Orang Benci Jadi Doa" - Aina Abdul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...