Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah

Hiburan

Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah

Genap sembilan hari bergelar suami, Yonnyboii menganggap yang pernikahan dengan Isteri tercinta, Nik Nazira Nariman pada 20 November lalu sebagai satu momen penuh magis.

Yonnyboii selamat bernikah
2 years ago

(TAHNIAH) Ikat Tali Pertunangan Hanya Sebulan, Yonnyboii Selamat Bernikah

Advertisement

Yonny memaklumkan yang dia pelik apabila langsung tidak berasa gementar mahupun mengalami serangan panik ketika sesi akad nikah selepas sekian lama berdepan masalah kebimbangan melampau atauĀ anxiety.

Saya sendiri pelik sebab beberapa hari sebelum itu saya agak bimbang dengan bermacam-macam perkara bermain di fikiran terutama soal tanggungjawab yang bakal digalas nanti.

Tambah Yonny, apabila dia yakin bahawa itulah jodoh terbaik dan cinta pandang pertama, segala kerisauan terus hilang sebaik Nik Nazira berada di depan menanti mereka disatukan.

Yonny turut memaklumkan yang Nazira menjadi penguat semangatnya sehingga dia mampu kalis kebimbangannya kerana umpama ada magis apabila bersama isterinya terutama pada saat mereka sah bergelar suami isteri.

Dalam pada itu, Yonny juga sempat memberitahu yang dia menyimpan hasrat mengusahakan perniagaan bersama isteri dan mereka berdua kini sedang sibuk menguruskan urusan berpindah ke kediaman sendiri.

Yonnyboii

Sebelum ini, saya tinggal dengan emak, apabila sudah beristeri kena pandai berdikari.

Ujar Yonny lagi, mereka sependapat untuk memilih tempat tinggal yang dekat dengan kedua-dua keluarga supaya senang untuk menjenguk mereka.

Sekadar info, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah selamat bergelar suami kepada Nik Nazira hanya dengan sekali lafaz pada acara yang berlangsung diĀ Duchess Place, Ampang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...