(TAHNIAH) Ikat Tali Pertunangan Hanya Sebulan, Yonnyboii Selamat Bernikah

Hiburan

(TAHNIAH) Ikat Tali Pertunangan Hanya Sebulan, Yonnyboii Selamat Bernikah

Hanya sebulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii telah pun selamat bernikah kepada influencer Nik Nazira Nariman dalam sebuah majlis kecil yang dibuat di Duchess Place, Ampang pada Sabtu yang lalu.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin di akaun rasmi Instagramnya dengan kapsyen berupa Bismillahirahmanirrahim, hai isteri.

Advertisement

Manakala wanita yang menjadi pilihan hati penyanyi itu juga memuat naik foto-foto di Instagramnya memperlihatkan pasangan itu berpakaian serba putih duduk di atas pelamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@yonnyboii)

Kami melangsungkan majlis nikah yang kecil dan intimate yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan-rakan mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

yonnyboii dan isteriSumber : Instagram Yonnyboii 

Difahamkan pasangan itu bakal mengadakan majlis resepsi pada Januari tahun hadapan.

Yonnyboii mengikat tali pertunangan bersama Nik Nazira pada 9 Oktober yang lalu setelah sebulan bercinta.

Yonnyboii dan tunang
2 bulan lalu

"Janggal Nak Panggil 'Sayang'.." - Tunang Akui Tak Bercinta, Yakin Yonnyboii Jodoh Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...