“Yela, Kau Sorang Je Ahli Syurga” – Wawa Zainal Selar Individu Suka Hati ‘Nerakakan’ Orang

Hiburan

“Yela, Kau Sorang Je Ahli Syurga” – Wawa Zainal Selar Individu Suka Hati ‘Nerakakan’ Orang

Gara-gara memuat naik video anak perempuannya bersolek berlatar belakangkan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga yang menjadi trend ketika ini, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menerima banyak kritikan.

Menerusi hantaran di Instagram itu, ramai netizen memberikan komen masing-masing dan mempertikaikan tentang lirik lagu tersebut yang mengandungi perkataan ‘Jesus’.

Advertisement

Terbaru, isteri kepada Aeril Zafrel itu memuat naik Instagram story satu tangkap layar yang menunjukkan komen seorang individu yang berkata soal ‘syurga dan neraka’.

Berdasarkan komen tersebut, individu itu mengkritik tentang ‘keterlanjuran’ Wawa memuat naik video anaknya dengan lagu terbabit.

Pelakon berusia 31 tahun itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan turut memblas komen panjang individu tersebut serta berkongsi di Instagram story.

Pulah da. Yela kau sorang je ahli syurga.”

Terdahulu, video Hayla bersolek itu menerima banyak kritikan daripada peminat dan pengikut Wawa di Instagram di mana rata-ratanya berpendapat lagu Bloody Mary tidak sesuai.

Sesetengah turut menasihatinya agar lebih peka dan kaji dahulu lirik serta maksud sesebuah lagu sebelum menggunakannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wawa Zainal rawatan IVF
1 year ago

"Baik Sedekah Dekat Orang Takde Anak" - Netizen Pertikai Wawa Zainal Nak Buat IVF Dapatkan Anak Kembar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...