“Baik Sedekah Dekat Orang Takde Anak” – Netizen Pertikai Wawa Zainal Nak Buat IVF Dapatkan Anak Kembar

Hiburan

“Baik Sedekah Dekat Orang Takde Anak” – Netizen Pertikai Wawa Zainal Nak Buat IVF Dapatkan Anak Kembar

Biarpun sudah memiliki empat orang cahaya mata, selebriti serta usahawan, Wawa Zainal berhasrat mahu menambah anak bagi memeriahkan lagi keluarganya.

Bahkan perkara tersebut diambil serius olehnya serta pasangan, Aeril Zafrel dan mereka akan melakukan persenyawaan in-intro (IVF) sebagai ikhtiar mendapat anak kembar.

Advertisement

Insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Dalam pada mengumumkan hal terbabit, Wawa turut sempat meluahkan rasa syukur kehidupan rumah tangga bersama Aeril dipenuhi dengan kegembiraan selama 12 tahun.

Walaupun berasa teruja memberitahu berita ini, ada sesetengah netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan pelakon tersebut.

komen netizen

Menurut sesetengah netizen, biarpun mempunyai rezeki lebih untuk melakukan IVF, lebih baik pelakon terbabit memberi sedekah kepada pasangan yang mahu dikurniakan anak, namun tidak mampu untuk melakukan rawatan terbabit kerana terlalu mahal.

Dalam pada masa yang sama, ada yang merasakan seandainya Wawa dan Aeril mampu untuk mendapat zuriat, tidak perlu melakukan rawatan tersebut kerana seakan-akan tidak bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

Biarpun sesetengah netizen mempersoalkan tindakan pasangan tersebut, masih ada yang menyebelahi mereka dengan berkata seandainya Wawa mempunyai rezeki lebih, tidak salah untuk wanita tersebut mencuba.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

1 year ago

"Macam Pampers Baby Je Kak" - Buat Video Tayang 'Outfit', Fesyen Wanita Ini Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...