“Macam Pampers Baby Je Kak” – Buat Video Tayang ‘Outfit’, Fesyen Wanita Ini Undang Kritikan Netizen

Kehidupan

“Macam Pampers Baby Je Kak” – Buat Video Tayang ‘Outfit’, Fesyen Wanita Ini Undang Kritikan Netizen

Berfesyen merupakan satu perkara yang sudah menjadi trend didalam kalangan anak muda zaman sekarang.

Seperti video yang tular di laman TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Syerin Hyo telah menarik perhatian orang ramai dengan fesyen yang digayakannya.

Advertisement

Menerusi video tersebut, gadis berjurusan fesyen itu dilihat memakai baju berlengan panjang jenis crop top bersama inner berwarna coklat dan memakai kain skrit berwarna hitam bersama skirt jeans berbetuk v.

Bagaimanapun, penampilan gadis itu tidak diterima baik oleh rata-rata pengguna media sosial yang mengkritik fesyen digayakan gadis itu sebagai aneh.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang meminta gadis itu untuk memperbaiki lagi kreativiti dalam dunia fasyen.

Malah, ada sesetengah pihak yang menasihati gadis berkenaan supaya tidak keterlaluan dalam berfesyen sehingga menimbulkan rasa kurang enak pada orang yang melihatnya.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 31.2K tanda suka, dan 6.8K komen di laman TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

(VIDEO) “Tuan Kedai Mana??" - Lelaki Terkejut Nampak Tikus Besar 'Ratah' Ayam Goreng Ketika Makan Di Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...