Sedia maklum, sejak anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mengakui sudah berkahwin, suaminya iaitu Aslam sering menjadi perhatian netizen.
Akaun TikTok jadi perhatian
Terbaru, perkongsiaan Aslam di TikTok yang memaparkan foto suntingan memakai jaket dan topi keledar Grab telah menarik perhatian ramai.
Foto yang dimuat naik itu seolah-olah mahu mengiyakan kenyataan ibu mentua, Abby Abadi yang memaklumkan menantunya itu bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menyara keluarga.
Puji Aslam cari rezeki halal
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Aslam yang seakan menerima saja segala kritikan dilemparkan kepadanya.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang kagum dengan lelaki tersebut kerana berusaha mencari rezeki halal untuk anak dan isteri-isterinya iaitu Umisya serta Marissa.