October 15th, 2014

Kali terakhir berita mengenai hubungan Yazer dan Ekin (kedua-duanya produk Akademi Fantasia) ialah pada Disember 2013. Ketika itu bukan berita naik ke jinjang pelamin yang dibawakan, sebaliknya berita berakhirnya percintaan selama 8 tahun pasangan ini. Selepas itu kedua-duanya kembali menyepi. Tup-tup kini desas-desus bertebaran yang mereka berdua bakal berkahwin pada 28 Disember ini.

yaze

Kemungkinan besar berita ini adalah benar. Adakah hubungan cinta yang terputus satu ketika dahulu kembali terjalin? Kalau benar baguslah. Mungkin selepas putus pada tahun 2013 barulah Yazer dan Ekin menyedari yang mereka memerlukan antara satu sama laiin. Kadang-kadang untuk menghargai seseorang kita perlu kehilangan orang itu terlebih dahulu. Amboi ayat Abang Nara power gitu!!!

yazer dan eki kahwin

Kalau benarlah berita ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru. Semoga segala persiapan untuk perkahwinan anda berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Sumber Forum Cari.
rmp promoP.S: Promo promo. Nak kahwin hujung tahu nie? Jangan lepaskan peluang mendapatkan khidmat Ryaniez Moments Photography untuk merakamkan detik indah anda dengan harga RM1400 sahaja. Mereka sangat profesional, album dihantar tepat pada masa dan paling syok gambar-gambar yang diambil semuanya awesome. Pasti akan puas hati tahap maksima punya. Tukang amik gambar pun hensem hensem belaka. Hubungi mereka di Facebook Ryaniez Moments atau kalau nak lebih cepat, Whatsapp terus ke 019-204-4408 (Hash) atau 013-945- 1436 (Wafi). Jangan lepaskan peluang keemasan ini.


Comments are closed.

Loading...