Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

8 Tahun Bercinta, Ekin Dan Yazer Akhirnya Putus

Kalau dah namanya tiada jodoh, bercinta 8 tahun pun akhirnya akan putus jua. Memanglah kesian mendengarnya, namun itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Yazer dan Ekin. Hubungan percintaan yang termeterai sekian lama akhirnya lebur jua. Kini Ekin dan Yazer sudah pun kembali solo. Tiada lagi kasih sayang antara mereka berdua.

ekin

Advertisement

Berkata kepada Kosmo, Ekin mengesahkan yang hubungan mereka telah tamat awal Disember ini. Kata Ekin:-

Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.

Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.

ekinAbang Nara dulu memang minat dengan si Ekin ini ketika Akademi Fantasia. Orangnya memang kecil comel. Pasti selepas ini akan ada yang cuba memikat. Kalau hati sudah berkenan ketika itu, janganlah bercinta lama-lama. Nikah sahaja terus. Takut perkara yang terjadi dengan Yazer akan berulang pula.
fareedaP.S: Yeah! Gaji nak masuk dah….Jom cari tudung baru jom. Banyak tudung-tudung terbaru yang menarik dari Fareeda. Layari segera FACEBOOK Fareeda untuk melihat pelbagai koleksi rekaan mereka. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top