Yazer AF Mengaku Lakukan Kesilapan Muat Naik Foto Selfie Atas Katil

Hiburan

Yazer AF Mengaku Lakukan Kesilapan Muat Naik Foto Selfie Atas Katil

Sekitar bulan lepas pasangan suami isteri dan juga bekas pelajar Akademi Fantasia 3 iaitu Yazer dan Ekin telah menerima pelbagai kritikan dan perhatian daripada orang ramai apabila memuat naik foto mereka bersama di atas katil ke laman sosial.

Advertisement

Walaupun Ekin pernah menjawab kritikan peminatnya dengan menyatakan ia bukan gambar lucah atau aksi melampau. Namun, ia dianggap sebagai satu foto yang tidak manis untuk dikongsikan meskipun sudah bergelar suami isteri.

Terbaru, Yazer menerusi portal mStar Online menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isterinya Ekin merupakan satu kesalahan besar dilakukan oleh mereka dan sama sekali tidak menyangka isu tersebut akan menjadi viral kerana niat mereka  hanya  untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen. Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat.

Tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sebelum ini, Yazer menganggap perkara yang telah terjadi merupakan satu pengajaran buat beliau agar tidak memuat naik sebarang foto yang boleh mengundang fitnah mahupun kritikan ramai selain akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini.

Pasangan Yazer dan Ekin menyulam cinta selama sembilan tahun sebelum membuat keputusan untuk bernikah pada 26 Disember 2014. Ekin kini sedang mengandung anak mereka yang pertama dan dijangka bersalin sekitar bulan September depan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...