August 29th, 2012

Kalau Abang Nara, pasti akan kecewa dan sedih apabila dikatakan “terlebih alim”. Namun Yatt Hamzah tetap tenang dan menghargai teguran yang telah diberikan oleh Raja Nurfatimah menerusi B*POP Ahad lalu. Bertambah-tambah respek Abang Nara kepada Yatt Hamzah setelah membaca reaksinya di Twitter.

yatt hamzah

Dibawah ialah kata-kata yang ditulis menerusi Twitter Yatt Hamzah:-

Alhamdulillah TQ bipop krn sudi mnegur hamba Allah yg hina lg kerdil ini.Dan sya dgn rndah dri minta maaf jika mnyinggung sesiapa.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kebenarannya.. Sya amt hargai teguran dan ia mnguatkn lg smngat sya utk cintakn Allah,cintakn Rasulullah,cintakn kebaikan demi Islam..Allahuakbar ?

Kepada Yatt, teruskan perjuangan dakwah anda. Semoga teguran sebegini menguatkan lagi semangat anda. Go Yatt go!!!


107 responses to “Yatt Hamzah Hargai Teguran “Terlebih Alim” Kepada Dirinya”

  1. Alhamdulillah..gembira melihat perubahan diri Yatt dan kawan-kawan artisnye yang lain :)

  2. orang lerr says:

    wanita bertudung xsemestinya baik , tp wanita yang baik adalah wanita yang bertudung . menutup aurat itukan adalah wajib bagi kaum2 hawa .

  3. saya tak arif says:

    maafkan saya.. saya tak arif sangat.. tapi pada saya.. kalau berhijrah, tapi masih bergaya-gaya depan kamera, dengan muka berconteng. tayang2 kecantikan badan dan muka walaupun menutup aurat.. tapi itu masih tidak manis sebagai wanita islam. cuba ikut cara noorkumalasari yang setelah berhijrah, tinggalkan semuanya. tidak lagi bergaya-gaya ala model bila bergambar atau pun contohi nora. kalau bergambar pun secara berhemah.
    konsep model muslimah itu perlu betul caranya. ini pakai baju berwarna terang yang masih menarik perhatian lelaki. dengan muka berconteng dan bergaya ala supermodel. cuma bezanya..hanya memakai tudung dan memakai pakaian penuh.

Loading...