Yasmin Hani Akui Belum Bersedia Dedah Status Perkahwinannya

Hiburan

Yasmin Hani Akui Belum Bersedia Dedah Status Perkahwinannya

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa hati seperti membayangkan beratnya badai yang melanda perkahwinannya bersama suaminya, Shahrin Razali.

Yasmin Hani
3 years ago

Jauhkan Dari Rakan Artis Enggan Vaksin, Yasmin Hani Akui Sedih Dan Tergamam

Advertisement

Yasmin bagaimanapun sangat bersyukur kerana banyak pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan semangat terhadap dirinya pada waktu sukar ketika ini.

Banyak yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini.

Ujar Yasmin lagi, dia sangat berterima kasih kepada semua orang yang sangat baik dengannya serta prihatin terhadap dirinya.

Terus senyum dan percaya keadaan akan jadi lebih baik. Insya-Allah.

Yasmin Hani

Sebelum ini, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson telah mendedahkan dalam satu program hiburan di TV bahawa rumah tangganya bersama suami sedang dilanda masalah.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia masih berstatus isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Blackrose itu dan hanya akan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang status perkahwinan mereka apabila dirinya sudah bersedia.

Sekadar info, Yasmin Hani dan Shahrin Razali berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong berusia 8 tahun dan Eissa Elzander Wong berumur 5 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...