Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jauhkan Dari Rakan Artis Enggan Vaksin, Yasmin Hani Akui Sedih Dan Tergamam

Yasmin Hani

Pelakon dan juga pengacara, Yasmin Hani mengakui dirinya berasa sedih apabila ada di antara rakan artisnya masih enggan divaksin meskipun ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

Advertisement

Apa yang membuat dirinya bertambah kecewa apabila ada rakan artis yang dianggap sebagai saudara tidak mahu menerima suntikan pelali itu namun masih keluar rumah seperti biasa.

Tambahnya lagi, rakannya itu seperti tidak mempunyai fakta kukuh dalam menyokong tindakan mereka untuk menolak vaksin serta solusi untuk perkembangan anak-anak mereka pada masa hadapan kelak.

Advertisement

Apabila saya mendapat tahu kawan saya enggan mengambil vaksin, saya tergamam. Alamak, kenapa engkau eh? Aku sayang kau. Kau baik dengan aku. Dia selalu tanya khabar saya dan perkembangan terkini saya. Tapi rupanya dia seperti itu. Jadi saya memang tak boleh berjumpa dengan dia.

Disebabkan oleh itu, Yasmin berkata dia mengambil keputusan untuk tidak mendekati mana-mana individu yang enggan divaksin kerana lebih memikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya di rumah.

Perkembangan lain, Yasmin kini muncul dengan drama terbaharu berjudul The Hotel yang sudah menemui penonton sejak 15 September lalu menerusi saluran Astro Ria.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Nelly

    September 30, 2021 at 6:28 am

    Bleh tak stop dulu letak MF jd watak utama?dia bleh berlakon tp takdelah sebaik uyaina ke, even Elfira, Bella Dally, alisha,janna, nabila razali pun lagi hebat dr dia kot. Please la.nak ckp pakej, biase2 je. Cam crite ni, tak kene langsung nak match ngan MK. Harap pengarah2 alert la viewers dah muak dgn certain muka yg talent dia base on fanclub votes ni. Sgt tak adil kpd pelakon lain yg jauh lebih berbakat drpd MF.berehatla dulu MF, byk lg kene belajar. Aku dulu pun fan kau tp lps kau kawen br nampak warna sebenar, so aku blah. Nak buat cam mana, dunia artis mmg camtu kan, fan & netizen hanya pinjaman. We can help to pull u up, but we also deserve to left u cause we choose the best and the real one. NOT THE FAKE.

  2. noname

    September 27, 2021 at 8:39 pm

    aku syak author ni pon antivaxx..tu sbb die bg “terms” pelali tu…

  3. cLn

    September 27, 2021 at 3:52 pm

    Author Lia ni dr aritu dia cakap suntikan pelali..yg nak gi mamaikan semua org dgn pelali utk covid dh kenape???? SUNTIKAN VAKSIN laa!!! Haiyoooo..cakap bongok kang marah…tp taknak study plak tu sebelum menulis..

  4. pelali wtf

    September 27, 2021 at 10:28 am

    BN paham tak apa maksud pelali? vaksin ngn pelali mana sama. pelali tu yg mcm bg tenang, bg pengsan. tiba2 je ayat pelali

  5. Anonymous

    September 27, 2021 at 10:17 am

    merepek betul watak mira filzah dalam drama ni. susah aku nak brain dengan pakaian dia yang macam org kurang siuman tu then buat ala2 psiko and rude tapi muka macam tu. sorry aku takle lah drama ni. pebenda tah

    • anonymous

      September 28, 2021 at 11:20 am

      plizz lah ni overated …..sampai sekarng tak nampak pun talent dia,dari dia aku rasa uyana 10 kali better

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top