“Yang Ni Baru Betul..” – Isteri Pinang Jiran Sendiri Jadi Madu,Si Suami Laksana Taaruf Sebelum Bernikah

Kehidupan

“Yang Ni Baru Betul..” – Isteri Pinang Jiran Sendiri Jadi Madu,Si Suami Laksana Taaruf Sebelum Bernikah

Satu perkongsian daripada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sasha di mana dia ada berkongsi pengalaman mencari isteri kedua untuk suami tersayang.

Difahamkan, keputusan itu dibuat setelah dia dan suami masih belum dikurniakan anak setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Advertisement
Sasha pinang maduSumber : TikTok  

Sasha berkata dia telah melakukan pelbagai cara seperti kaedah IVF dan perubatan Islam usai melakukan pembedahan untuk membuang cyst dan tiub fallopian yang menyukarkan dia untuk hamil.

Selepas bermacam usaha dibuat, Allah gerakkan hati untuk perkara lain pula iaitu bermadu. Saya tak cari tapi jodoh datang tanpa dirancang. Saya dan madu pada ketika itu berjiran dan sudah menganggap dia sebagai adik sendiri.

Saya berseloroh dengan dia nak jadikan madu. Tak sangka jadi nyata. Selepas kami bersetuju barulah saya pergi merisik. Saya pergi cari cincin sendiri untuk meminang dia untuk suami.

Ujarnya lagi, suami akhirnya bersetuju untuk berta’ruf dengan bakal isteri kedua setelah banyak berdoa dan meminta petunjuk daripada Allah.

sasha pinangSumber : TikTok  

Menganggap suaminya sebagai seorang lelaki yang baik dan memahami dirinya sepanjang perkahwinan, Sasha reda dan berlapang dada tentang ketentuan mengenai hidup bermadu.

Dialah satu-satunya lelaki yang boleh terima segala kekurangan dan faham saya selama ini. Saya lalui saja semua ini sebab yakin dengan takdir Allah. Saya berlapang dada tanpa persoalkan kenapa dan mengapa ini terjadi.

Sasha dan suami juga merancang untuk menjalani rawatan IVF sekali lagi pada tahun hadapan dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tesla
8 months ago

"Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini" - Abang Tesla Didakwa Kahwin Dua Sebab Belum Dikurniakan Zuriat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...