“Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini” – Abang Tesla Didakwa Kahwin Dua Sebab Belum Dikurniakan Zuriat?

Kehidupan

“Kalau Nak Bagi Aku Anak Meh Sini” – Abang Tesla Didakwa Kahwin Dua Sebab Belum Dikurniakan Zuriat?

Belum habis isu poligami yang terkait dengan pensohor media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila seorang pengguna TikTok mendakwa punca sebenar lelaki itu berkahwin dua adalah kerana belum dikurniakan zuriat.

Dalam hantaran video tersebut, individu berkenaan memuat naik tangkap layar komen yang ditulis Abang Tesla tentang mengapa dia berkahwin dua.

Advertisement

Kalau nak bagi aku anak meh sini. Jangan pandai sembang.

Perkongsian itu ternyata telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang membandingkan pensohor itu dengan selebriti seperti Beto yang masih setia dengan isteri meskipun masih belum dikurniakan dengan rezeki anak setelah sekian lama bernikah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

Kata netizen lagi, isteri pertama Abang Tesla lebih layak mendapat orang yang lebih baik dan menghargainya sebagai seorang isteri.

“Sedihnya dengar kata-kata mu wahai abang tesla.Aku terasa sebab aku 9 tahun dengan suami takda anak. Syukur aku sumia memilih untuk bertahan. Kau baru kahwin dah macam tu” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tesla
8 months ago

"Ramai Tanya, Tak Sayang Bini Ke?" - Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami 'Viral', Minta Netizen Jaga Percakapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...