“Yang Ketuk Saya Sorang Je Bukan Satu Singapura” – Kamal Adli Minta Netizen Jangan Bergaduh

Hiburan

“Yang Ketuk Saya Sorang Je Bukan Satu Singapura” – Kamal Adli Minta Netizen Jangan Bergaduh

Pelakon, Kamal Adli tampil memaklumkan keadaan kesihatannya yang terkini selepas insiden dipukul oleh individu tidak dikenali menggunakan cota besi sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala.

Menerusi hantaran di Instagram, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Bin Mohammad Adli berkata dia semakin stabil namun masih perlu mengambil ubat tahan sakit buat masa ini.

Advertisement

Malah, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia dijaga dengan baik oleh isterinya, Uqasha Senrose.

Bukan itu sahaja, Kamal turut mengucapkan terima kasih ke atas doa orang ramai terutama rakan-rakan artis yang turut berada di lokasi kejadian serta peminat dari Malaysia mahupun Singapura.

Cuma kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita.

Dalam pada itu, pelakon Abang Long Fadil itu berharap peminat di Malaysia dan Singapura tidak bertikam lidah behubung kejadian itu.

Yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapore.. jangan gaduh-gaduh.

Dalam hantaran berbeza, Uqasha mengakui trauma selepas insiden serangan itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uqasha senrose kamal adli
1 year ago

"Tolong Jangan Komen Benda Bodoh!" - Uqasha Senrose Berang Netizen Hantar Mesej Ganggu Emosi Kes Pukul Kamal Adli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...