“Tolong Jangan Komen Benda Bodoh!” – Uqasha Senrose Berang Netizen Hantar Mesej Ganggu Emosi Kes Pukul Kamal Adli

Hiburan

“Tolong Jangan Komen Benda Bodoh!” – Uqasha Senrose Berang Netizen Hantar Mesej Ganggu Emosi Kes Pukul Kamal Adli

Media hiburan tempatan digemparkan dengan satu insiden yang menimpa pelakon Kamal Adli apabila dia dilaporkan telah dipukul menggunakan cota ketika menghadiri satu majlis di Singapura bersama isterinya, Uqasha Senrose.

Suspek yang merupakan warga Singapura itu telah menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala dan harus ditidurkan susulan pukulan tersebut.

Advertisement

Ujar Uqasha di Instagram, suaminya itu telah diserang kerana suspek berkenaan cemburu gara-gara Kamal telah bernikah dengan Uqasha.

Dalam satu hantaran lain, isteri Kamal Adli itu ada memberi pesanan kepada warga maya supaya tidak menghantar mesej atau menulis komen yang boleh mengganggu emosinya kerana dia masih trauma dan ketakutan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Kalau tak ada benda elok atau baik nak cakap, jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku. Aku isteri, aku trauma aku menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh!

Uqasha turut menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan keseluruhan rakyat seberang tambak kerana insiden itu namun hanya menyatakan perkara yang jelas dan nyata berdasarkan siasatan.

1 year ago

Kamal Adli Cedera Parah, Diserang & Dipukul Lelaki Tak Dikenali Ketika 'Event' Di Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...