Pelakon, Kamal Adli tampil memaklumkan keadaan kesihatannya yang terkini selepas insiden dipukul oleh individu tidak dikenali menggunakan cota besi sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala.
Menerusi hantaran di Instagram, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Bin Mohammad Adli berkata dia semakin stabil namun masih perlu mengambil ubat tahan sakit buat masa ini.
Malah, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia dijaga dengan baik oleh isterinya, Uqasha Senrose.
Bukan itu sahaja, Kamal turut mengucapkan terima kasih ke atas doa orang ramai terutama rakan-rakan artis yang turut berada di lokasi kejadian serta peminat dari Malaysia mahupun Singapura.
Cuma kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita.
Dalam pada itu, pelakon Abang Long Fadil itu berharap peminat di Malaysia dan Singapura tidak bertikam lidah behubung kejadian itu.
Yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapore.. jangan gaduh-gaduh.
Dalam hantaran berbeza, Uqasha mengakui trauma selepas insiden serangan itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.