“Yang Jahat Dia, Bukan Saiz Badannya” – Ika Nabella Tegur Soal ‘Body Shaming’, Netizen Kata Salah ‘Timing’?

Hiburan

“Yang Jahat Dia, Bukan Saiz Badannya” – Ika Nabella Tegur Soal ‘Body Shaming’, Netizen Kata Salah ‘Timing’?

Ika Nabella baru-baru ini, tampil membuat satu hantaran di Instagram kerana berasa kurang selesa dengan segelintir netizen meluahkan rasa marah dengan mempermainkan saiz badan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.

Sedia maklum, ketika ini boleh dikatakan ramai berasa geram apabila mendapat tahu perbuatan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada seorang remaja Sindrom Down, Bella.

Advertisement

Bagaimanapun, Ika merasakan jika ingin berasa marah kepada perbuatan kejamnya itu tidak mengapa, tetapi janganlah mengaitkan dengan saiz badan wanita terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Kalian pernah terfikir tak kesan-kesan body shamming terhadap segelintir orang. Mungkin apa yang berlaku kepada Bella anda salah satu (kesan) daripadanya.

Dalam pada itu, Ika sempat berkongsikan kisah dirinya pernah mengenali seseorang yang mempunyai dua personaliti berbeza ketika zaman persekolahan, apabila dia mendapati individu terbabit melayan dua kelompak orang dengan berbeza.

Bagaimanapun, tindakannya meluahkan pandangan seperti itu telah membuatkan ramai netizen ‘menghentamnya’ dan merasakan timing pelakon itu mahu menegur netizen tidak sesuai, memandangkan kes berkenaan tengah ‘panas’.

komen ig

Sedar dirinya dikecam ramai, Ika menegaskan bahawa beliau tidak berpihak kepada Siti Bainun, namun hanya mahu menegur segelintir pihak yang dianggap hina ciptaan Allah S.W.T.

peguam Siti Bainun koyak?
2 years ago

"Sokong Tak Bertempat, Yakin Masuk Syurga Ke?!" - Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa 'Koyak'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...