Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter membuatkan ramai pihak mempertikai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
Melalui tweet tersebut, kelihatan soalan yang diberikan di dalam buku latihan tambahan tersebut terlalu sukar untuk pelajar sekolah rendah, bahkan orang dewasa juga tidak dapat menjawabnya.
Saya dapat tahu ini adalah soalan untuk pelajar sekolah rendah. Ada siapa yang tahu jawapan? Saya sendiri pun tak tahu ni. Betul-betul advance silibus pelajar sekolah rendah sekarang. pic.twitter.com/HiSxOmWLuk
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 18, 2023
Soalan yang ditujukan itu mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan netizen dan rata-rata merasakan soalan berkenaan tidak masuk dek akal untuk diberikan kepada pelajar yang baru saja bersekolah rendah.
Rata-rata merasakan, soalan Matematik untuk pelajar sekolah rendah tidak perlu untuk sampai ke tahap itu lagi biarpun mahu mewujudkan serta melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif.
Sebelum ini, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkongsikan pandangannya mengenai rungutan ibu bapa tentang silibus aras tinggi kurang sesuai diberikan untuk pelajar sekolah rendah.
Menurut beliau, sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keberkesanan KBAT yang diterapkan dalam silibus pembelajaran di sekolah rendah.