“Makin Merepek!” – Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?

Kehidupan

“Makin Merepek!” – Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu perkongsian daripada seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh yang mendakwa terdapat penambahan dalam silibus subjek Matematik Tahun 6 sesi hadapan.

Menerusi perkongsian tersebut, penambahan yang dilakukan akan memperkenalkan murid-murid tahun 6 dengan topik mengenai insurans dan takaful.

Advertisement

Difahamkan, di dalam silibus baru itu juga, murid akan dapat menyatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

murid

Habis darjah 6 nanti, semua murid boleh jadi ejen takaful aku rasa. Apa benda la makin merepek meraban ni.

Mohd Fadli menjelaskan bahawa dia kurang setuju dengan penambahan silibus berkenaan yang disifatkan agak tidak masuk akal kerana masih ada lagi di kalangan pelajar yang lemah dalam subjek itu dan belum dapat menguasai pengiraan asas matematik.

Lama kami dok tunggu buku baru ni, ingat ada la perubahan yang lebih memudahkan. Rupanya ditambah celaru.

silibus

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan penambahan silibus tersebut yang dianggap terlalu awal untuk murid-murid tahun 6 menguasainya.

“Ajar benda-benda celik kewangan ni di silibus form 4 dan form 5 la, sesuai untuk mereka,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Dekat Jepun pendidikan rendah 6-10 tahun ajar moral, etika, budi bahasa. Kita sumbat selagi boleh,” tulis seorang lagi netizen.

Penipuan bantuan banjir selangor
2 years ago

"Dapat Sampai RM13k.." - Lelaki Ini Dedah Penipuan Mangsa Banjir Bagi Dapatkan Bantuan Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...