Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yana Samsudin Tunggu Lamaran Fadzil Zahari

Baru-baru ini, Yana Samsudin telah memaklumkan yang dirinya bersedia untuk bergelar isteri pada tahun 2014. Umum mengetahui hubungan Yana dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Malah mereka berdua sudah berkenalan selama 5 tahun. Memang cantik molek dan sesuai sangatlah untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya.

yana samsudin

Advertisement

Berkata kepada Sinar Harian, Yana Samsudin memaklumkan yang dia sekarang hanya menunggu lamaran daripada Fadzil Zahari. Kata Yana:-

Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu. Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga.

Jika ada perkembangan mengenai status hubungan kami, biarlah ia keluar daripada mulut dia sendiri. Saya seorang yang ‘simple’, jadi saya mahu majlis saya nanti juga dilakukan dalam suasana yang sama. Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah

yana

Pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat Fadzil Zahari melamar Yana Samsudin. Yana tahun ini pun dah berumur 29 tahun. Memang sesuai sangat usia itu untuk berkahwin. Harap-harap Fadzil tak terlalu lama menunggu untuk melamar. Sama-samalah kita doakan agar jalan untuk mereka dipermudahkan. Amin.
yanaP.S: Susah nak cari baju muslimah PLUS SIZE? HIJRIAHOME kan ada! Sekarang ada promosi BELI 1 DAPAT 50% DISKAUN UNTUK 2nd ITEM! Kunjungi butik HIJRIAHOME di Bdr Sri Permaisuri atau Whatsapp 0182775200 untuk buat tempahan. Penghantaran Online PERCUMA seluruh Malaysia! Follow Instagram HIJRIAHOME untuk dapatkan latest updates. Alamat butik: 55-2, Jln Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL. Website: www.hijriahome.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top