January 23rd, 2014

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar kesediaan Yana Samsudin untuk menamatkan zaman gadisnya dan melangkah ke alam perkahwinan. Takut jugak kot-kot Yana masih trauma selepas putus cinta dengan Abang Nara satu ketika dahulu. Manalah tahu sehingga sekarang Yana masih tidak dapat melupakan kenangan indah kami bersama. Hehehe.

yana samsudin

Siapakah jejaka yang bertuah dapat memikat hati Yana Samsudin yang kini berusia 29 tahun? Sebelum ini Yana pernah digosipkan dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Kata Yana kepada MalaysianDigest:-

Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika itu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya dah terfikir dah. InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri.

Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)

yana dan fadzil

Kalau Abang Nara jadi Fadzil, memang cepat-cepat masuk meminang. Yana dah bagi “green light” dah tue. Ayat pun nampak macam bagi “hint” je. Sebagai seorang lelaki kacak, ayat-ayat “hint” sebegini harus diambil berat. Jangan lambat ambil tindakan, takut terlepas ke tangan orang lain. Tak gitu?

P.S: Hyundai Veloster Turbo dijumpai di Putrajaya


Comments are closed.

Loading...