Baru-baru ini, Yana Samsudin telah memaklumkan yang dirinya bersedia untuk bergelar isteri pada tahun 2014. Umum mengetahui hubungan Yana dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Malah mereka berdua sudah berkenalan selama 5 tahun. Memang cantik molek dan sesuai sangatlah untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya.
Berkata kepada Sinar Harian, Yana Samsudin memaklumkan yang dia sekarang hanya menunggu lamaran daripada Fadzil Zahari. Kata Yana:-
Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu. Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga.
Jika ada perkembangan mengenai status hubungan kami, biarlah ia keluar daripada mulut dia sendiri. Saya seorang yang ‘simple’, jadi saya mahu majlis saya nanti juga dilakukan dalam suasana yang sama. Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah
Pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat Fadzil Zahari melamar Yana Samsudin. Yana tahun ini pun dah berumur 29 tahun. Memang sesuai sangat usia itu untuk berkahwin. Harap-harap Fadzil tak terlalu lama menunggu untuk melamar. Sama-samalah kita doakan agar jalan untuk mereka dipermudahkan. Amin.
P.S: Susah nak cari baju muslimah PLUS SIZE? HIJRIAHOME kan ada! Sekarang ada promosi BELI 1 DAPAT 50% DISKAUN UNTUK 2nd ITEM! Kunjungi butik HIJRIAHOME di Bdr Sri Permaisuri atau Whatsapp 0182775200 untuk buat tempahan. Penghantaran Online PERCUMA seluruh Malaysia! Follow Instagram HIJRIAHOME untuk dapatkan latest updates. Alamat butik: 55-2, Jln Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL. Website: www.hijriahome.com