Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yana Samsudin Tegaskan Tak Pernah Jalani Pembedahan Muka

Cantik. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk memancungkan hidung, meruncingkan dagu dan macam-macam lagilah. Namun ada yang belajar teknik solekan, berdiet dan mengamalkan pemakanan sihat untuk kelihatan lebih jelita berbanding dahulu. Yana Samsudin yang kini kelihatan semakin jelita menjadi mangsa desas-desus dirinya membuat pembedahan kerana perbezaan wajahnya yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya dan masa kini.

yana samsudin bedah muka

Yana Samsudin 2014

Walaupun telah membuat penafian sebelum ini, desas-desus tersebut tidak mati sebaliknya makin bertiup kencang. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Namun Yana memaklumkan yang penggunaan pendakap gigi telah menyebabkan perubahan berlaku pada wajahnya. Yana sendiri mengakui yang wajahnya ada perubahan namun pelakon ini menegaskan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Kata Yana:-

Advertisement

Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu.

Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti.

Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas

 

yana samsudin bedah muka

Yana Samsudin 2011

Hmmmm. Pada pengetahuan Abang Nara, tak semestinya perubahan wajah berlaku kerana pembedahan. Banyak lagi punca ia boleh berlaku. Badan semakin kurus, buat ‘facial’ muka dan macam-macam lagi teknik tradisional. Apa pun, Yana nampak makin cantik sekarang ini. Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top