Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Hidung

Hiburan

Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Hidung

Agak terlambat Abang Nara berkongsi mengenai penafian Yana Samsudin atas dakwaan dirinya membuat pembedahan hidung. Desas-desus ini mula kedengaran selepas Yana pulang daripada bercuti. Namun menurut tuan punya badan, perubahan pada wajahnya terjadi kerana memakai pendakap gigi sejak November tahun lalu.

yana bedah hidung

Advertisement

Menurut Yana, penggunaan pendakap gigi ini telah menyebabkan tulang rahangnya berubah. Abang Nara pun pernah dengar mengenai perkara ini. Terang Yana kepada :-Utusan Malaysia

Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah. Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur. Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh

yana bedah hidung

Logik juga alasan yang diberikan oleh Yana Samsudin ini. Memang pakai pendakap gigi ini akan merubah wajah kita sedikit sebanyak. Lebih-lebih lagi apabila hanya makan sedikit kerana rasa tidak selesa. Itu belum ditambah dengan teknik solekan yang pelbagai macam sekarang ini. Hidung “kemek” Abang Nara pun boleh nampak macam Won Bin. Tegas Yana:-

Sebenarnya dari awal lagi wajah saya ini memang tak pernah sama. Kalau kurus muka berubah begitu juga sebaliknya

yana bedah hidung

Diharap dengan penjelasan ini, spekulasi bedah hidung ini akan berakhir. Abang Nara tak rasa artis Malaysia sudah sampai ke tahap orang Korea yang gilakan pembedahan. Lagipun gadis Melayu memang sudah menawan seperti yang asal. Tak perlu bedah-bedah. Buat jadi lagi pelik je.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...