“Yakin Ke Anak Tu Ada Dara?” – Aaisyah Dihina Netizen Kurang Ajar, Rozita Che Wan Buat Laporan Polis

Hiburan

“Yakin Ke Anak Tu Ada Dara?” – Aaisyah Dihina Netizen Kurang Ajar, Rozita Che Wan Buat Laporan Polis

Pelakon sensasi Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta meluahkan rasa berang apabila seorang individu telah meninggalkan komen berbaur penghinaan buat anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga memuat naik tangkap layar komen yang ditulis individu biadab itu buat tatapan netizen.

Advertisement

Anak kau pakai baju macam pelacur, ada hati nak hantaran 900k. Dah la tak lawa, macam maknya muka jawa. Saja nak tanya, duit hantaran beratus ribu tu, yakin ke anak tu ada dara?

Difahamkan, komen individu biadab itu muncul setelah ada satu akaun TikTok yang memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk berita kurang sopan.

Berikutan itu, Che Ta meminta pemilik akaun tersebut untuk memadam perkongsian berkenaan.

Pelakon itu juga difahamkan telah membuat laporan polis bagi memburu individu tersebut.

Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah. Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena.

Che Ta juga dilihat telah mengunjungi pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tujuan melaporkan isu yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice kempen lindung mangsa pedofil
3 months ago

Caprice Anjur Kempen Bantu Mangsa Pedofil Di Media Sosial - "Salah Tetap Salah, Yang Sokong Apa Dia Buat, Itu Lagi Bengap"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...