Caprice Anjur Kempen Bantu Mangsa Pedofil Di Media Sosial – “Salah Tetap Salah, Yang Sokong Apa Dia Buat, Itu Lagi Bengap”

Hiburan

Caprice Anjur Kempen Bantu Mangsa Pedofil Di Media Sosial – “Salah Tetap Salah, Yang Sokong Apa Dia Buat, Itu Lagi Bengap”

Penyanyi dan pensohor media sosial, Caprice memaklumkan dia telah memulakan kempen melindungi mangsa yang dianiaya, ‘sexual grooming’ oleh golongan pedofilia.

Difahamkan, kempen itu baru sahaja bermula dan Caprice berazam untuk melakukan yang terbaik.

Advertisement

Kempen kami baru sahaja bermula. Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik. Tolong periksa dengan anak kalian hari ini. Kalau anak kalian pernah ada pengalaman pelik, hubungi kami.

Kami akan bantu kumpul bukti sebelum bertindak. Anda boleh hubungi kami, beri nama, bagi ringkasan dan nombor telefon.

Penyanyi rap  itu sebelum ini ada memberi peringatan kepada ibu bapa yang sewenang-wenangnya memuat naik foto dan video yang mengundang kehadiran pedofilia.

Dia juga menganggap seseorang yang dibebaskan pihak berkuasa atas kesalahan itu tidak semestinya tidak bersalah dan mahu melaksanakan tanggungjawab agar semua pihak cakna mengenai hal ‘grooming’.

Bebas tak semestinya tidak buat salah. Saya tak kisah pasal dia bebas tapi salah tetap salah. Lagi seram, orang tetap sokong apa dia buat. Itu lagi bengap.

Ujarnya, ramai yang memberikan sokongan melulu terhadap orang yang menganiaya kanak-kanak dengan alasan tidak masuk akal sekaligus membuatkan generasi muda semakin tidak selamat dan diancam golongan merosakkan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DD rumah kotak kasut dibidas perunding hartanah
3 weeks ago

Kenyataan 'Rumah Saiz Kotak Kasut' Oleh Diana Danielle Dibidas Perunding Hartanah - "Berpelajaran Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...