“Ya, Dah ‘Half Way To Go’, Syukur Alhamdulillah” – Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Hiburan

“Ya, Dah ‘Half Way To Go’, Syukur Alhamdulillah” – Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa hari ini mengumumkan satu berita gembira apabila dia mendedahkan kini sedang sarat hamil anak kedua.

Neelofa mengiyakan desas-desus yang mengatakan dia hamil selepas berkongsi cabarannya menunaikan umrah baru-baru ini.

Advertisement

Ya, half way to go. Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya.

Isteri kepada PU Haris ini juga memaklumkan bahawa dia menerima terlalu banyak mesej yang mendoakan perkara baik-baik di atas kehamilannya itu.

Dalam pada itu, ketika ditanyakan mengenai jantina anak keduanya nanti, Neelofa berkata dia tidak kisah asalkan anaknya sihat walafiat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Saya memang dari kehamilan pertama tak memilih. Okay sahaja. Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk alahan, Alhamdullilah.

Terdahulu, Neelofa sering menjadi tumpuan peminat gara-gara kerap memegang perut seperti sedang hamil, sekaligus mencetuskan spekulasi yang mengandaikan dia kini sedang berbadan dua.

Neelofa dan PU Haris telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Hafidz Roshdi Aliff syukri, shuhada
2 years ago

"Duduk Flat Murah Masa Awal Kahwin Lebih Bahagia" - Aliff Syukri Nasihat Shuhada Kembali Berbaik, Maafkan Kesalahan Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...