“Duduk Flat Murah Masa Awal Kahwin Lebih Bahagia” – Aliff Syukri Nasihat Shuhada Kembali Berbaik, Maafkan Kesalahan Hafidz Roshdi

Hiburan

“Duduk Flat Murah Masa Awal Kahwin Lebih Bahagia” – Aliff Syukri Nasihat Shuhada Kembali Berbaik, Maafkan Kesalahan Hafidz Roshdi

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri menerusi media sosial dilihat ada bertemu isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bagi tujuan berkongsi rasa dan perasaan susulan tragedi yang menimpa rumah tangga mereka baru-baru ini.

Dalam video pendek itu, Shuhada kelihatan sebak dan menangis ketika mengenang kembali kenangan rumah tangganya ketika awal-awal dahulu.

Advertisement

Dato Aliff kemudian meminta ibu kepada dua anak itu untuk menceritakan saat-saat awal perkahwinan mereka untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Kitaorang duduk flat masa awal-awal kahwin, susah senang sama-sama.

Usahawan itu juga dilihat memujuk Shuhada agar mempertimbangkan keputusan untuk berbaik semula dengan suaminya itu selain memaafkan kesalahan Hafidz Roshdi.

Namun begitu, saranan Aliff itu dibangkang kebanyakan netizen yang rata-ratanya meminta agar Shuhada ‘move on’ sahaja dan tidak berpatah balik kepada suaminya itu.

Sampai bertanda muka tu nak bagi peluang apa lagi? Biar Shu buat keputusan sendiri. Dia yang hidup dengan mamat psycho tu. Dia tau baik buruk untuk masa depan dia & anak-anak.

Difahamkan Aliff juga telah mempelawa Shuhada untuk menjadi duta koleksi hijab keluarannya kelak.

“Saya juga tahu Shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya @as.hijabofficial” ujarnya lagi.

Hafidz Roshdi hospital bahagia
1 year ago

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Jalani Rawatan Psikiatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...