Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza turun padang meredah banjir di beberapa kawasan sekitar lembah Klang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Menerusi satu hantaran Instagram, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin dilihat menaiki kenderaan pelbagai guna melalui kawasan banjir di sekitar Shah Alam, Selangor bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu mengakui gemuruh dan hilang kata-kata melihat bencana alam yang hadir tanpa diduga.
Semoga Allah permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir. Gemuruh melihat betapa tingginya air banjir ini. Saya doakan semua selamat.
Meskipun jasadnya kini berada di Kuala Lumpur, namun hatinya tetap memikirkan nasib penduduk kampung halamannya di Kuala Lipis.
Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, hati saya pastinya ada di daerah Lipis.
Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti turut memanjat doa agar semua yang dilanda musibah banjir diberikan kekuatan untuk sama-sama mengharungi dugaan ini.
Baca: Bakal umum Sesuatu ‘Istimewa’ Di TikTok, Dato’ Siti Nurhaliza Buat Peminat Berteka-Teki