“Wujud Pesakit Suka Cari Pasal, Tak Faham Situasi Farmasi, Kita Je Kena Faham Dia” – Pegawai Farmasi

Berita

“Wujud Pesakit Suka Cari Pasal, Tak Faham Situasi Farmasi, Kita Je Kena Faham Dia” – Pegawai Farmasi

Semalam kecoh di media sosial isu berkaitan pesakit dilayan dengan biadap oleh ahli farmasi selepas beliau meminta agar ubatnya dihantar terus ke rumah dengan menggunakan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUbat) tidak dihiraukan.

Sedar akan isu yang terjadi, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan hal sebenar yang berlaku.

Advertisement

Selepas itu, kurang dari 24 jam kenyataan tersebut dikeluarkan, seorang pegawai farmasi memuatnaik satu hantaran di Facebook mendedahkan pengalamannya pula berdepan dengan pesakit.

Difahamkan melalui kapsyen hantaran yang disertakan dengan beberapa keping gambar itu, pegawai wanita tersebut memberitahu bahawa realitinya memang akan ada pesakit bersikap mementingkan diri serta biadap terhadap pegawai-pegawai di hospital.

Tambahannya lagi, bukan dia saja yang berdepan dengan pesakit seperti itu, malah adiknya juga yang merupakan sebagai pegawai kesihatan turut pernah mendapat layanan teruk sehinggakan dia disimbah air oleh seorang pakcik.

Percaya atau tidak, wujud pesakit yang memang suka cari pasal, yang tak pernah nak faham situasi farmasi, hanya kita saja kena faham dia.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang dihadapi seperti pesakit tidak mahu mendengar hingga habis penjelasan yang diberi, malah dipotong ayat sambil marah.

FacebookSumber : Facebook  

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang merasakan jika benar pihak farmasi itu tidak bersalah, tiada apa yang perlu dirisaukan dan jika perkara yang diperkatakan oleh pesakit itu betul, maka jelaskan sendiri dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

FacebookSumber : Facebook  

Harap perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik. Tak dapat apa-apa pun kalau saling tuduh menuduh kan?

Respon HKL
2 years ago

Isu 'Not My Problem' MyUbat Disebabkan Oleh Kekeliruan Pelanggan - Hospital Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...