“Well Done” – Netizen Puji Nabil Bantu Hantar Wanita OKU Penglihatan Ketika LRT Terjejas

Trending

“Well Done” – Netizen Puji Nabil Bantu Hantar Wanita OKU Penglihatan Ketika LRT Terjejas

Umum sedia maklum penutupan selama seminggu di 16 stesen LRT dari laluan Kelana Jaya ke Ampang Park membuatkan ramai pengguna perkhidmatan pengangkutan awam terjejas.

Oleh itu, pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad mengambil inisiatif membantu menumpangkan seorang wanita kelainan upaya penglihatan (OKU) dan anaknya ke sekolah.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram Era.je, di mana Nabil menjelaskan wanita yang dikenali sebagai Puan Uma itu akan ke stesen LRT Ara Damansara untuk bergerak ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Nabil menerusi ruangan kapsyen menyatakan bahawa Puan Uma telah menggunakan pengangkutan awam setiap pagi selama enam tahun.

Puan Uma ni OKU penglihatan dan setiap pagi selama enam tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.”

Nabil juga sempat menitipkan kata-kata pesanan untuk individu yang sempurna di luar sana supaya sentiasa bersyukur dan menjadikan Puan Uma sebagai pengajaran di mana kekurangan bukanlah satu penghalang dalam kehidupan seharian.

Satu benda hari ini yang kita belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian.”

Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan majoriti netizen berasa sebak melihat keadaan wanita itu dan ramai yang turut berterima kasih kepada Nabil atas pertolongan yang dihulurkan.

Untuk info, Stesen LRT yang digantung operasi ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

1 year ago

(VIDEO) "Sakit Hati Betul.." - LRT Rosak, Pemuda 'Menapak' 26 KM Dari Universiti Malaya Ke Lembah Keramat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...