(VIDEO) “Sakit Hati Betul..” – LRT Rosak, Pemuda ‘Menapak’ 26 KM Dari Universiti Malaya Ke Lembah Keramat

Trending

(VIDEO) “Sakit Hati Betul..” – LRT Rosak, Pemuda ‘Menapak’ 26 KM Dari Universiti Malaya Ke Lembah Keramat

Isu gangguan perkhidmatan LRT baru-baru ini hangat diperkatakan kerana menjejaskan mereka yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

Seorang pemuda di TikTok, Adam Eji turut berkongsikan pengalamannya berjalan kaki sejauh 26 kilometer dari Universiti Malaya (UM) ke Lembah Keramat berikutan gangguan perkhidmatan berkenaan.

Advertisement

Difahamkan Adam mengambil keputusan untuk berjalan kaki selepas perkhidmatan LRT di Stesen Kerinchi gagal berfungsi.

Adam kemudiannya berjalan kaki ke KL Sentral dari Stesen Kerinchi walaupun terpaksa mengharungi hujan lebat.

Setibanya di KL Sentral, Adam mengambil keputusan menaiki Monorail untuk ke Stesen Dang Wangi kerana suasana yang sesak.

Sampai KL Sentral memang huru-hara, semua orang macam orang gila dekat dalam tu”

@adameji7

LRT rosak but at least i have a healthy body! ? #fyp #fypdongggggggg #lrtrosak #rapidkl #adameji7 #malaysiatiktok #africanmalaysian #kualalumpur #kelanajayaline

? original sound – Adam Eji – Adam Eji

Adam menyambung perjalanannya ke Stesen KLCC namun perkhidmatan tren di stesen tersebut turut tergendala.

Adam seterusnya keluar dari KLCC dan berjalan kaki pergi ke LRT Ampang Park namun stesen itu juga tidak beroperasi.

Pergi LRT Ampang Park, Ampang Park pun tutup sakit hati betul…”

Akhirnya, Adam mengambil keputusan untuk menaiki bas ke stesen LRT di Jelatek dan berjaya mendapatkan perkhidmatan pengangkutan untuk pergi ke Lembah Keramat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

LRT KELANA JAYA LINE
1 year ago

"Satu KL Kena Malapetaka!" - Perkhidmatan LRT Ditutup Seminggu, Rakyat Gesa CEO Prasarana Letak Jawatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...