“We Love You Always..” – Syasya Undur Diri Dari Kumpulan DOLLA Atas Sebab Peribadi

Hiburan

“We Love You Always..” – Syasya Undur Diri Dari Kumpulan DOLLA Atas Sebab Peribadi

Menerusi satu hantaran di Instagram, kumpulan DOLLA ada mengeluarkan kenyataan bahawa salah seorang daripada ahli mereka, Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan itu.

Perkara itu dimaklumkan Dolla menerusi satu hantaran di Instagram rasmi mereka untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosial mereka.

Advertisement

Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua.

Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli DOLLA di atas sebab peribadi.

Meskipun begitu, ketiga-tiga ahli yang lain iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby tetap meneruskan perjalanan mereka dalam DOLLA dan akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang sentiasa menyokong Dolla selama ini.

Berita itu kemudiannya menjadi tumpuan terutamanya kepada peminat kumpulan itu yang tidak menyangka berita pengunduran Syasya memandangkan persembahan cemerlang mereka di China mendapat perhatian peminat.

Ramai yang tidak bersetuju dengan pengunduran Syasya dan berharap syarikat rakaman DOLLA, Universal Music Malaysia untuk ‘memujuk’ gadis lincah itu untuk kekal bersama dalam kumpulan muzik terkenal Malaysia itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Syukri
3 weeks ago

Datin Shahida Dedah Ada Bergaduh Dengan Aliff Syukri, Jadi Punca 'Lari Dari Rumah'' - "Dia Pergi Australia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...