Datin Shahida Dedah Ada Bergaduh Dengan Aliff Syukri, Jadi Punca ‘Lari Dari Rumah” – “Dia Pergi Australia”

Hiburan

Datin Shahida Dedah Ada Bergaduh Dengan Aliff Syukri, Jadi Punca ‘Lari Dari Rumah” – “Dia Pergi Australia”

Isteri kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida memaklumkan suaminya itu kini berada di luar negara Australia setelah ‘melarikan diri’ dari kediaman mereka.

Ujar Shahida, Aliff Syukri lari dari rumah kerana merajuk setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Advertisement

Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah.

Wanita itu berkongsi mengenai perkara itu setelah ditanya pelakon Ifa Raziah tentang ketidak hadiran suaminya itu ke Festival Jualan Raya yang berlangsung di KLCC pada 29 Mac lalu.

Namun begitu, Shahida tidak menjelaskan lanjut tentang punca pergaduhan mereka sehingga usahawan itu bertindak sedemikian.

Sementara itu, Aliff Syukri yang dihubungi berkata dia sememangnya berada di luar negara dan tidak menghadiri sebarang jemputan yang diterimanya.

Saya memang tak pergi mana-mana acara, saya di Australia.

Difahamkan, kehilangan Aliff Syukri itu dipercayai berpunca daripada tekanan yang diterimanya setelah kontoversi video teaser lagu raya berjudul Love Raya untuk tahun ini gagal diterbitkan gara-gara didakwa berunsur lucah dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Malah, pihak SKMM turut mengambil tindakan terhadap usahawan itu apabila agensi berkenaan telah menyita telefon bimbit dan kad sim milik Aliff Syukri bagi tujuan siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datin Red
4 weeks ago

"Muka Dah Berubah Dah Tu.." - 'Kantoi' Kena Kutuk Raksasa Gorgon, Kini Giliran Datin Red 'Live' Bersama Datuk Red Jual Biskut Red Velvet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...