October 10th, 2018

Amboi, amboi, amboi. Berbalas-balas kereta nampaknya pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Kalau dulu ketika hari jadi Wawa, Aeril telah menghadiahkan sebuah kereta Mercedes yang bernilai RM250,000, kini giliran Wawa pula membalasnya dengan menghadiahkan sebuah kereta Vellfire kepada suaminya itu. Fuh!!! Memang terbaik sangat-sangat kan?

wawa zainal
Wawa juga turut melahirkan rasa syukurnya dengan limpahan rezeki yang telah diterima sepanjang tahun ini. Kata Wawa Zainal:-

Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang.

Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat.

wawa zainal

Kalau masing-masing mampu apa salahnya kan? Abang Nara dengan wife setakat berbalas-balas Whatsapp ucap ‘happy birthday’ je. Semoga dengan hadiah yang diterima ini, hubungan pasangan suami isteri ini akan semakin kukuh dan rapat. Sama-sama kita doakan.


52 responses to “Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Vellfire Buat Suaminya, Aeril Zafrel”

  1. Anonymous says:

    Jasa mak bapak dh berbalas ke belum? tu je nk tanya!

  2. try says:

    Apa nak bangga sangat. Kereta loan bank kan??? adoih.. bukan bayar cash punnn… kereta ni tak bawak kemana… melainkan la properties kau melambung tinggi.

Loading...