June 4th, 2018

Amboi, amboi, amboi. Terharu Abang Nara melihat hadiah yang diberikan oleh Aeril Zafrel kepada isterinya, Wawa Zainal atas segala penat lelah menjaga dirinya dan anak-anak. Sebuah kereta Mercedez C200 yang bernilai sekitar RM250,000 kini menjadi milik Wawa Zainal bersempena ulangtahunnya yang ke 27 pada 12 Mac yang lalu. Memang ia adalah satu hadiah yang cukup bernilai, terbaik dan berbaloi dari seorang suami kepada seorang isteri.

aeril wawa

Pengorbanan seorang isteri sememangnya tidak dapat diukur dan dinilai dengan hadiah ataupun wang ringgit. Namun sekiranya kita mampu, tidak salah untuk seorang suami menghadiahkan sesuatu yang dapat menzahirkan penghargaan kita buat si isteri tercinta. Kalau tak mampu kereta, sejambak bunga pun boleh. Yang penting adalah keikhlasan kita. Tak gitu?

Kata Aeril tentang hadiahnya yang awesome ini:-

Memang harganya amat mahal, tetapi amat berbaloi dijadikan hadiah bagi menghargai kehebatan prestasi jentera keluaran jenama itu, seiring dengan kredibiliti kepimpinan Wawa yang merupakan pengemudi keluarga saya. Ini bukanlah sekadar hadiah, malah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga kami yang dibina sejak 2012. Bukan itu sahaja, Wawa juga banyak berkorban demi menunaikan tanggungjawabnya selaku ibu kepada dua orang cahaya mata kami berserta curahan kasih sayang secukupnya

Sewaktu lawatan itu, Wawa teruja dengan kecanggihan teknologi kejenteraan setiap rekaan Mercedes Benz dan model C200 edisi 2018 benar-benar menarik minatnya. Hari ini apabila dikejutkan dengan kejutan sedemikian, dia bagaikan tidak percaya dan berulang kali mengatakan saya sengaja mahu mempermainkannya. Alhamdulillah, naluri seorang isteri yang sentiasa meyakini keupayaan suaminya membuatkan Wawa akhirnya menerima kenyataan bahawa dia telah memiliki kereta idaman.

aeril wawa

Semoga dengan hadiah ini, ikatan suami isteri antara Aeril dan Wawa akan semakin kukuh, jitu dan padu. Sama-samalah kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.


17 responses to “Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Kereta Mercedes Berharga RM250,000”

  1. priority says:

    yang paling penting beli rumah dulu , time masih boleh cari duit ni. nanti sok2 da tua , rumah takda, kereta setengah juta tu da buruk da.

  2. ciK piNgu says:

    biarlah rezeki dia. kenapa persoal duk rmh flat ke, kondo ke, rumah x beli lg ke. setiap org ade strategi masing2. kalau merc taja ape pun, biarlah rezeki dia.

    korang kalau dpt pun, terhegeh2 gak upload gmbr kat fb kan?

    cuma nasihat bab beli rumah tu mmg la sy setuju, n jgn plk dh tua2 nt hidup mintak2 bantuan mcm bbrpa artis terdahulu. mse tgh masyuk ni menyimpan lah seadanya.

  3. mek joh says:

    ok lh dpt keta drpd dpt bunga…hihihiii

  4. anon says:

    SETAKAT BELI KERETA MASIH BAYAR DI BANK TAK YAH LAH NAK BERIYE RIYEEEE NA…HUAHAUAHAUA
    ARTIS SENDU N BADJET HOT

  5. Anonymous says:

    umah tinggal kt mane… service apartment
    kete pakai brand ape… haruslah mercedes
    tua nnti jgn jadi beban govt sudah.. merayu minta umah pprt… muda2 tak ingat beli umah banglo.. gaya jer mengalahkan owner banglo

Loading...