Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah – “Semoga Dipermudahkan Urusan Mama”

Hiburan

Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah – “Semoga Dipermudahkan Urusan Mama”

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio Shuib telah meninggalkan komen di sebuah hantaran kekasihnya, Watie Hanifiah di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Watie dilihat memakai jubah dan tudung seba hitam di sebuah Lapangan Terbang.

Advertisement

Difahamkan, keberadaan Watie di Lapangan Terbang bertujuan untuk menghantar ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani yang telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada hari Ahad.

Menerusi hantaran berbeza, Salamiah berkongsi beberapa keping gambar bersama cucu dan bakal menantunya itu.

Hari ini Ayash datang hantar nenek pergi menunaikan umrah.

Susulan itu, kehadiran Watie mengikut serta menghantar bakal ibu mentuanya itu bersama dengan ahli keluarga Shuib yang lain telah mendapat perhatian orang ramai.

Bukan itu sahaja, Watie turut sempat meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan mendoakan agar urusan ibadah umrah bakal mentuanya itu berjalan dengan lancar.

Difahamkan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tidak dapat menghantar ibunya ke lapangan terbang atas urusan kerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like" - Shuib Komen Gambar Watie, Netizen Kata Bukan Main Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...