“Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like” – Shuib Komen Gambar Watie, Netizen Kata Bukan Main Lagi

Hiburan

“Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like” – Shuib Komen Gambar Watie, Netizen Kata Bukan Main Lagi

Sebelum ini, pelawak Shuib mengakui sedang menjalinkan hubungan rapat dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Terkini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah meninggalkan komen di sebuah hantaran kekasihnya di laman Instagram.

Advertisement

Menerusi gambar tersebut, Watie dilihat memakai jubah dan tudung seba hitam di sebuah Lapangan Terbang.

Meninjau di ruangan komen, pelawak berusia 38 tahun itu dilihat memberi ‘pickup-line’ kepada kekasihnya dan turut disertakan dengan emoji hati merah.

Yang ni tak boleh swipe, kena LIKE.

Susulan itu, komen tersebut telah mendapat perhatian orang ramai terutama apabila Watie turut membalas komen Shuib dengan emoji ketawa.

Sehingga kini, komen tersebut telah mendapat 614 tanda suka dan rata-rata netizen turut tumpang bahagia melihat pasangan kekasih itu.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang mendoakan agar Shuib dan Watie segera mendirikan rumah tangga memandangkan anaknya, Ayash Affan kini semakin membesar dan perlukan kasih seorang ibu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
1 year ago

"Time Sodap Pakcik Hilang Kopiah, Tak Tolak Pun Saya, Munafik!" - Zarina Anjoulie Dedah Perangai Bekas Tunang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...